Thursday, April 8, 2010

tolong lah hargai permata2 kamu...

hurmmm...tuk 1st entry neh..mood ak agak sedih..sbb aper biarlah ianya bersemadi dlm sudut hati aku..yg penting xde kaitan dgn rumah dan tangga aku..alhamdulillah rumah dan tangga aku aman damai makmur sejahtera..

aku neh mudah tersentuh bilamana ada kisah2 yg related dgn, org baik yg x dihargai..lebih2 lagi bila ada insan yg dah dikurniaan pasangan yg sgt baik, disertakan dgn permata2 hati yg comel tapi masih dan masih tak menghargai dgn apa yg dah dimiliki..ianya juga seolah2 x mensyukuri apa yg telah di beri oleh Allah S.W.T...entahlah mungkin lumrah manusia itu sendri tidak pernah puas dgn apa yg ada..dan mungkin juga lumrah manusia yg hanya akan menghargai dan tercari2 setelah kehilangan permata yg selama ni depan mata..dah hilang br nak cari..? klau terjumpa x per, klau x jumpa..? nak bt apa, menyesal..? berguna lagi ke sesalan tu..? nak menangis..? smpai bila..? so sila lah bwk2 beringat, hargai lah mereka selagi mereka masih ada, atau lebih tepat lagi selagi mereka masih hidup..

hargai lah ibu atau bapa atau ibu dan bapa anda ketika mereka masih mampu bernafas di muka bumi Allah S.W.T ini...igtlah, ajal & maut itu bila2 boleh datang bertandang..jgn kelak kita menangis tiada kesudahan kerana menyesali bakti yg dicurahkan tdk mencukupi atau tidak pernah sama sekali..

hargailah suami atau isteri selagi mana mereka masih setia berdamping di sisi kita..sanggup susah dan senang bersama2..janganlah sesekali kita leka dengan nafsu dunia yg hanya sementara hingga sanggup melukakan hati insan yg setia..

hargailah anak2 permata hati kurniaan Illahi..belailah mereka dgn penuh kasih syg..didiklah mereka dgn ilmu2 yg berfaedah, tanamkan dalam hati mereka rasa cinta kpd Allah S.W.T., bentuklah keimanan yg utuh supaya menjadi benteng di masa hadapan mereka..peluk dan ciumlah mereka selagi mereka masih mampu membalasnya..

hargailah rakan2 selagi mana mereka masih mampu membuatkan anda tersenyum riang..rakan yg bernama sahabat akan sentiasa di samping anda susah mahupun senang..jgn lah sesekali mengkhianati ikatan murni itu..jgnlah jadi gunting dalam lipatan..jgn sesekali..!!

hargailah diri anda selagi anda masih mampu mecelikkan mata..kerana diri anda begitu berharga (eh mcm iklan la pulak..)

kesimpulannya, hargai lah segala2nya disekeliling kita..



*post kali neh ayat agak skema sket sbb otak tgh celaru.. ^_^



2 comments:

  1. betul tuh pn azila..sesungguhnya mcm aku ceritakan di blog aku..yg itu lar aku tulis komen di sini..tetapi entry tersebut terlampau pjg utk dicoret disini..ahaks~

    ReplyDelete
  2. hahahaha..
    ko jgn eh komen pon nak ayat skema..! x sesuwei tawwww...~~!!!
    bila ko nak abis exam neh..boring ar x ym ngn ko..hahahhahaa

    ReplyDelete