Saturday, April 10, 2010

persamaan atau penyesuaian..?

entry tuk hr ni ak nk sentuh psl perkahwinan..yes, mmg ak rs ak x layak pon lagi nak ckp psl dunia perkahwinan lagi apa lah sgt dgn pengalaman berkahwin yg br nak menjangkau 4tahun neh (klau ikut umor br nk terkedek2 msk pre-school kan..) tapi ak nk criter jugak psl kawen2 neh..n ini adalah pendapat dr pandangan mata ak yg cantik neh..(wahh cantek ker..? perasan btol..!) so aper ak nk tulis suke hati aku la kan..

ssh ke nk kawen..? nak kawen sng jer, ader kadi, wali, pasangan pengantin, akad, bak kata cukup rukun kawin tu maka kawen la dikau..mmg sronok time nak kawen, mula memasang angan2 yg indah2 belaka..tapi scr realiti nya kita smua harus sedar dr tidur, alam utk menerajui perkahwinan tu bukan lah semudah yg di sangka..bukan lah senantiasa indah seperti yg di mimpi..tapi klau kita sama2 berusaha utk terus menbajai perkahwinan kita dgn menaburi baja2 yg berkualiti maka suburlah sebuah perkahwinan itu..

perkahwinan itu bukan bererti persamaan, ianya lebih kpd penyesuaian..klau kita jumpa someone yg byk persamaan dgn kita..bukanlah menjadi kayu ukuran tuk sebuah perkahwinan yg sentiasa bahagia..penyesuaian itu lebih penting..klau kita realise byk pasangan yg perangainya bertentangan..klau si isteri peramah, si suami mungkin pendiam..jika si isteri pemboros, maka si suami akan lebih berjimat..di sinilah penyesuaian tu memainkan peranan yg amat penting..sama2 perlulah saling menerima sikap pasangan masing2..bila mana wujud ketidakserasian, maka mula lah tercetusnya perang2 dunia yg ke 2,3,4 dan seterusnya..

oleh itu, kpd kwn2 aku yg masih bujang..klau dh ambik keputusan tuk berumahtangga, maka siap sedia lah dgn kekentalan mental dan emosi yg jitu..supaya kita dpt melayari bahtera perkahwinan dgn lancar..dpt mengharungi ombak badai dgn tenang(insyaallah..)utk itu kita memerlukan nakhoda yg berkualiti utk bangsa dan negara (erkkk...) jgn mudah melatah dgn apa jua dugaan yg dtg melanda..dugaan itu mesti ada hikmah di sebaliknya..mungkin supaya kita lebih mengenali hati budi pasangan masing2..mungkin juga supaya kita mengkaji sendiri kelemahan diri yg mungkin ada selama bergelar isteri..mungkin juga supaya kita dan pasangan menilai diri masing2..jadi amiklah dugaan itu sbg sesuatu yg positif..utk membetulkan jalan yg bengkok kpd lurus..

namun, perkahwinan ni sebenarnya adalah nikmat yg plg membahagiakan kurniaan Illahi..terpulanglah kpd individu tu sendri..mcm mana cara dia mengemudi bahtera tadi..selagi kita menganggap tugas sbg isteri atau suami itu adalah tanggungjawab bukan bebanan, insyaallah rumahtangga yg dibina akan sentiasa segar dan mekar mengharum..

sekian saja entry saya utk kali ni..jika ada sebarang soalan sila kemukakan yer saudara/saudari sekalian..hahahahaha



2 comments:

  1. baja x elok tuh aku tau sbb apa..sebab dia x beli baja ngan company aku..ahhahahhha

    ReplyDelete
  2. hahahaha..weh comp ko jual baja ke..? meh pos kat mak aku bleh..? baja organik ker aper..? hehehhee...

    ReplyDelete